PENGENALAN

Memasuki zaman globalisasi seperti sekarang ini, peranan menguasai Bahasa Mandarin sangat penting disamping Bahasa Inggeris.

Program-program dari sayarikat kami ditujukan khas kepada peserta yang tidak mempunyai latar belakang dalam Bahasa Mandarin.

Program-program ini direka khusus untuk membolehkan para peserta mencapai tahap kemahiran yang memuaskan dalam mendengar dan bertutur menggunakan Bahasa Mandarin. Program-program ini memberi penekanan kepada kemahiran komunikasi lisan dalam konteks situasi.

Dalam program-program ini juga pelajar akan diperkenalkan kepada system Hanyu Pinyin @ system sebutan Bahasa Mandarin menggunakan Roman. Para peserta akan mengambil bahagian dalam semua aktiviti yang dijalankan semasa program untuk memastikan kejayaan dalam mencapai tahap penguasaan asas berbahasa Mandarin.